Penting ke mindset untuk kurus ni?
Bagi saya mindset ni sangat penting dalam apa perkara yang kita nak lakukan
tak kira lah samada nak kurus ke atau nak berjaya ke atau nak capai apa-apa sahaja.
Sebabnya selalu je orang cakap “Aku dah give up la nak kurus, dah bertahun-tahun diet la itulah inilah semua pun tak jadi..”
Sebenarnya apa yang kita nak capai semuanya bermula dari mindset.
Ok, sebelum kita cerita pasal mindset, jom kita fahami dulu macam mana minda kita berfungsi.
Minda Sedar dan Minda Separa Sedar
[Figure minda sedar dan separa sedar]
Minda terbahagi kepada dua bahagian utama:
- Minda sedar
- Minda separa sedar.
Minda sedar kawal apa yang kita fikir.
Minda separa sedar kawal apa yang kita tak fikir.
Minda Sedar tu straight forward la, perkara2 yang kita fikir.
Macam hari ni nak makan apa?
Belajar nak masak ikut buku resepi.
Minda separa sedar tu contoh macam kita bernafas.
kita tak fikir pun untuk bernafas
kita tak kira pun berapa kali kita nafas.
NAK KURUS tu suatu PROSES
Kenapa saya bangkitkan perkara Minda Sedar dan Minda Separa Sedar ni?
sebab nya ia ada kaitan dengan Mindset!
Macam mana tu?
Ok berbalik kepada masalah “aku dah buat dan cuba macam-macam tapi semuanya tak dapat kurus.., give up rasanya…”
Proses untuk kurus ni bukan berlaku semalaman
bukan makan pil kurus malam ni esok dah terus kurus.
bukan kita bersenam petang tadi, esok petang kita dah kurus.
bukan kita intermittent fasting hari ni, esok dah kurus..
(kecuali la mmg dah kurus! hahaha)
Proses ni memakan masa.
especially bila kita nak kurus cara yang sihat dan selamat.
Jadi dalam proses tu lah sebenarnya ramai yang kecundang.
kecundang di tengah-tengah jalan.
Ramai yang tidak berjaya untuk capai berat badan yang diinginkan.
sebab tidak dapat teruskan proses untuk kurus tu.
Proses kurus ni memenatkan
proses kurus ni meletihkan
proses kurus ni membebankan.
Ok sekarang bayangkan, masa kita mula-mula nak belajar kereta atau mula nak bawak kereta suatu masa dahulu.
masa tu, nak gerakkan kereta kita kena fikir.
Kaki kena tekan pedal clutch (kalau kereta manual),
tangan kena tolak masukkan ke gear 1 (sambil fikir gear 1 tolak ke kiri dan ke atas),
Lepas tu kaki yg tekan pedal clutch tu kena perlahan-lahan lepas
dan kaki kanan kena tekan pedal minyak seadanya.
Stereng pun pegang giler kuat dan sangat cermat.
macam boleh tercabut la stereng tu genggam erat..
sambil mata betul2 tengok ke depan.
Time awal belajar kereta ni minda sedar mengawal tindakan kita.
Tapi…
Lani… bawa kereta rilek je.
tak perlu nak fikir-fikir
semua berjalan secara automatik.
tangan, kaki, mata, telinga semuanya tanpa disuruh atau difikir, semuanya aware dan bergerak tanpa perlu nak fikir panjang macam masa mula-mula belajar bawa kereta.
Sebab apa?
Sebab tindakan kita pandu kereta sekarang telah di kawal oleh minda separa sedar!
Jadi apa kaitan dengan kurus?
Begitulah apa yang saya nak sampaikan disini.
Biarlah perkara2 yang kita nak buat untuk kurus ni dah sebati dah masuk dalam diri kita ibaratnya Kita buat intermittent fasting atau bersenam atau perkara2 membakar kalori dan seumpamanya menjadi rutin diri.
Sebab apa?
Sebab apabila aktiviti turunkan berat yang kita buat tu dah jadi rutin, kita lebih selesa utk buat dan kita dah boleh sesuaikan diri.
Kita adapt to it!
Contoh, katakan kalau kita letakkan jadual untuk bersenam setiap hari tepat jam 5.30 ptg selama sejam.
dan senaman ni (katakan rope skipping) di buat setiap hari diulang-ulang.
Ulangan-ulangan ni akan jadi kebiasaan dalam diri.
Ulang-ulang lagi 40 hari sampai 100 hari sampai 1000 hari dan seterusnya.
Sampaikan katakan ada masa-masa kita pergi melancong atau bercuti dan bila sampai waktu petang, kita akan terdetik…
“eh, tak bersenam petang ni.. rasa macam tak syok plak”
ibaratnya macam sesuatu yang tak setel dalam hidup ni kalau kita tak pergi bersenam.
Rasa macam sesuatu yang kurang sebab tak dapat bersenam.
Ibaratnya begitulah bila minda separa sedar tu dah tertanam dalam diri kita.
Begitulah powernya kuasa minda separa sedar yang Allah kurniakan.
Apa-apa pun semua dengan izin-Nya.
Mindset Kurus yang Betul
Jadi sebenarnya di sini bagi saya penting untuk kita ada mindset yang betul untuk kurus atau turunkan berat badan.
Jadikan proses dan rutin kita untuk turunkan berat badan tu satu journey.
satu journey untuk menuju destinasi dapatkan berat badan yang diidamkan.
Perjalanan yang memakan masa berminggu-minggu atau berbulan-bulan dan kita capai hasil tu.
Maksud journey kat sini, kita enjoy the rutin.
Tak kira samada aktiviti bersenam, intermittent fasting, cut sugar dan sebagainya adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan sampai lah kita dapat capai berat badan yang diinginkan.
Dan apabila kita dapat capai berat badan yang diidamkan perjalanan seterusnya adalah mengekalkan berat badan supaya maintain, tak naik balik.
Sebab ramai je yang macam yoyo naik balikkan?
Nak Kurus Cara Sihat Dan Selamat
Tanamkan dalam minda kita, tak perlu untuk Crash diet gila-gila sebab nak cepat giler kurus.
Kita turun kan berat badan cara yang sihat dan selamat.
Turunkan berat badan ikut jangka masa yang sesuai dengan keadaan umur, jantina, aktiviti, tinggi dan berat sekarang.
Fahami camna berat boleh naik dan turun.
Jaga pemakanan dan ambil makanan dengan nutrien yang mencukupi.
Pilih suplimen yang sesuai dengan kita.
Pilih cara yang betul untuk kurus mengikut tahap kita.
Sekiranya kita faham proses dan mempunyai mindset yang betul, In Sya Allah kita semua akan berjaya.
Di penulisan lain saya akan kongsikan bagaimana untuk kita Re-Programkan mindset kita untuk kurus dengan 4 Langkah!
Saya doakan kepada yang membaca tulisan ni diberi kefahaman yang sebenar dan mindset yang betul untuk kurus.
Mudah-mudahan.
Rushdan Rosdi,
Shah Alam, Selangor